Home Berita Luar Negara Hampir RM2,000 lesap lepas kena raba!

Hampir RM2,000 lesap lepas kena raba!

Foto: Ajay Bansal

SEORANG pelancong dari Jerman terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah 15,000 baht (RM1,931) selepas menolak ajakan seorang pekerja sosial untuk melakukan hubungan intim.

Menurut aduannya kepada pihak polis, Thomas Hatesaul berkata, ketika kejadian dia sedang bersiar-siar di sebatang jalan di Pattaya sebelum dihampiri seorang wanita.

Wanita berpakaian seksi itu menghampiri Hatesaul, 58, secara agresif lalu memeluknya sambil menawarkan perkhidmatan hubungan intim untuk sejumlah bayaran yang tidak didedahkan.

Lelaki itu bagaimanapun menolak pelawaan wanita terbabit, lantas berlalu pergi. Dia kemudian menyedari wang di dalam poketnya berjumlah 15,000 baht (RM1,931) telah hilang.

Pihak polis kini sedang meneliti rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengesan suspek.

Kes tersebut disifatkan polis sebagai kes penting memandangkan insiden seperti itu mampu merosakkan imej Pattaya sebagai sebuah bandar yang menjadi tarikan pelancong luar negara.

Sumber: Kosmo

Exit mobile version