Hamil anak pertama, kedua serentak. Tapi bukan kembar!

SEORANG wanita mendedahkan dirinya disahkan hamil anak kedua ketika masih mengandungkan anak pertamanya!

Wanita yang dikenali sebagai Odalis Martinez itu menjelaskan dia disahkan hamil anak sulungnya  pada November 2020 selepas mengalami keguguran beberapa bulan sebelumnya, lapor Kosmo.

Bagaimanapun ketika pemeriksaan kandungan dibuat, doktor mendapati terdapat dua kantung bayi berbeza yang disenyawakan pada minggu yang sama dengan perbezaan hanya lima hari.

Fenomena yang sangat jarang berlaku ini dikenali sebagai superfetasi dimana kehamilan kedua berlaku beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama.

Lilo dan Imelda.

“Mereka seperti pasangan kembar tetapi sebenarnya bukan. Namun rupa sangat mirip antara satu sama lain.

“Kebiasaannya jika orang bertanya adakah Lilo dan Imelda kembar, saya hanya mengiakan kerana enggan mengelirukan mereka,” jelasnya.

Martinez selamat kedua-dua bayi comel itu pada 10 Ogos lalu dengan Lilo dilahirkan dahulu diikuti dengan Imelda.

Sumber: Kosmo