Guru Indonesia rogol 13 pelajar sehingga ada yang mengandung dipenjara seumur hidup

FOTO: https://nasional.tempo.co/read/1561056/hakim-vonis-herry-wirawan-pemerkosa-13-santri-penjara-seumur-hidup

SEORANG guru dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Indonesia hari ini kerana merogol 13 pelajarnya,

Kes itu mendapat perhatian seluruh negara itu berikutan penderaan seksual di sekolah berasrama penuh agama, lapor Berita Harian.

Mahkamah Daerah Bandung di Jawa Barat mendapati Herry Wirawan bersalah merogol 13 pelajar perempuan, yang kesemuanya di bawah umur, malah sekurang-kurangnya lapan daripada mereka, mengandung.

Semasa perbicaraan itu, terbongkar kisah dia merogol kanak-kanak itu yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin yang bersekolah sejak lima tahun itu.

Semuanya terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan melaporkan Wirawan kepada polis kerana merogol dan menghamilkan anak perempuan remaja mereka tahun lalu.

Pendedahan itu turut mencetuskan kemarahan negara, dengan seorang pegawai kanan kerajaan berkata, Presiden Joko Widodo sendiri memberi perhatian khusus terhadap kes itu.

Wirawan, 36, tiba di mahkamah dalam keadaan bergari dan menundukkan kepalanya ketika hakim Yohannes Purnomo Suryo Adi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Dia bagaimanapun meminta hakim meringankan hukuman kerana mahu membesarkan anak-anaknya.

Pampasan untuk mangsa akan dibayar oleh kerajaan.

Sumber: Berita Harian