Giliran kapal kontena Ever Forward pula tersekat di Teluk Chesapeake

PEMILIK kapal Ever Given yang tersekat di Terusan Suez tahun sekali berhadapan situasi sama apabila sebuah lagi kapalnya iaitu The Ever Forward terkandas berhampiran pelabuhan Baltimore Amerika Syarikat (AS).

Ever Forward, kapal sepanjang 334 meter itu terkandas di Teluk Chesapeake sejurus selepas meninggalkan pelabuhan Baltimore pada malam Ahad, kata Pengarah Eksekutif Pentadbiran Pelabuhan Maryland, William Doyle, dalam satu kenyataan, lapor Kosmo.

“Tiada kecederaan atau tumpahan minyak yang berlaku.

“Pendaratan kapal itu tidak menghalang kapal lain daripada transit ke pelabuhan Baltimore,” jelas Doyle.

Beliau juga menjelaskan bahawa usaha telah dijalankan sejak malam Ahad untuk membebaskan kapal yang terkandas itu.

Kemalangan itu berlaku hampir setahun selepas kapal kontena seberat 200,000 tan, MV Ever Given tersangkut di Terusan Suez dan menghalang laluan air utama itu selama enam hari.

Terusan Suez ialah laluan penting dari Asia ke Eropah yang membawa 10 peratus hasil dagangan maritim global dan sumber pendapatan penting negara Mesir.

Kedua-dua kapal itu dimiliki oleh Evergreen Marine Corp., yang berpangkalan di Taiwan.

The Ever Forward dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Norfolk, Virginia, apabila insiden tersebut berlaku.

Sumber: Kosmo