Home Berita Luar Negara Gempar! Veena Kapoor dibunuh anak sendiri, mayat dibuang ke sungai

Gempar! Veena Kapoor dibunuh anak sendiri, mayat dibuang ke sungai

GARA-gara perebutan harta, nyawa ibu tergamak diragut anak sendiri.

Itu kejadian mengejutkan yang menimpa pelakon veteran Bollywood, Veena Kapoor yang menjadi mangsa bunuh anak lelakinya, lapor Berita Harian.

Kejadian dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang berlaku membabitkan harta.

Veena yang berusia 74 tahun dilaporkan dipukul menggunakan kayu besbol.

Lebih sadis, mayatnya dibuang oleh suspek ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.

Memetik laporan Berita Harian lagi, anak lelakinya mengaku membunuh ibunya sendiri hanya disebabkan perselisihan faham membabitkan hartanah bernilai RM6.4 juta.

Pihak berkuasa bagaimanapun telah menahan tertuduh, Sachin Kapoor, 43, dan individu yang didakwa bersubahat dengannya, Chhotu atau nama sebenarnya Lalu Kumar Mandal, 25.

Kehilangan aktres itu mula disedari oleh pengawal keselamatan kediaman mangsa lalu bertindak memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Veena terkenal dengan lakonannya dalam drama ‘Bhabhi’ yang disiarkan sekitar tahun 2002 hingga 2008.

Antara filem lakonan Veena ialah ‘Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna’, ‘Dal: The Gang’ dan ‘Bandhan Pheron Ke’.

Sumber: Berita Harian