Gadis tolak lamaran kekasih dibakar hidup-hidup dalam kebun ubi kayu

TIDAK berhati perut! Seorang lelaki tergamak membakar kekasihnya selepas lamarannya ditolak.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai SZ, 19, ditemui di sebuah kebun ubi kayu milik penduduk Desa Suradita.

Mangsa dikatakan berasal dari Tangerang.

Jelas Ketua Polis Tangerang Selatan, Asisten Komisioner Iman Imanuddin, motif pembunuhan dipercayai kerana sakit hati.

“Suspek bernama E,20, bersama rakan subahat bernama U (42) telah ditahan polis di Cibogo, Cisauk, sehari selepas mayat ditemui.

“E pernah menjalin hubungan dengan mangsa dan menghantar rombongan meminang. Namun begitu, pinangannya ditolak lantas membuatkan suspek berasa marah,” kata Iman.

Baru-baru ini, warga Desa Suradita dikejutkan dengan penemuan mayat yang hangus terbakar di kebun ubi kayu dan video tersebut tular di media sosial sekitar Indonesia.

Sumber: Kosmo