Gadis terselamat dari dirogol suspek selepas menjerit dia dijangkiti koronavirus

Helah seorang wanita di China berjaya menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa rogol dengan berpura-pura batuk dan memberitahu suspek yang dia berasal dari Wuhan. 
 
Menurut polis, suspek yang bernama Xiao, 25, memecah masuk ke kediaman mangsa pada malam Jumaat lalu di bandar Jingshan, berdekatan dengan Wuhan. 
 
Ketika suspek cuba menyerang mangsa secara seksual, mangsa yang terdesak terus menjerit, “Aku baru balik dari Wuhan dan dijangkiti Koronavirus! Aku seorang je dikuarantin di rumah!”
 
Mangsa, Yi, juga berpura-pura batuk ketika cuba menolak Xiao yang cuba mencekik dan menutup mulutnya. 
 
Selepas mendengar kata-kata Yi, Xiao terus ketakutan dan melarikan diri tetapi sempat merompak wang mangsa sebanyak 3,080 yuan (RM1,818). 
 
Polis berkata, Xiao tidak mempunyai wang dan berada dalam keadaan terdesak lalu merancang untuk melakukan rompakan dengan memecah masuk rumah Yi dan cuba merogol mangsa. 
 
Selepas suspek melarikan diri, mangsa terus menghubungi polis. Tetapi polis menghadapi kesukaran untuk memburu suspek kerana ramai orang awam yang memakai topeng muka bagi melindungi diri dari wabak koronavirus. 
 
Tidak beberapa lama kemudian, Xiao datang ke balai untuk menyerah diri sambil ditemani oleh bapanya.
 
Sumber –  Daily Mail

Most Popular

**DIKEMASKINI: Didakwa terlibat kes rogol, cabul serta seks luar tabii, enam laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti

PENDAKWAH selebriti yang kini sedang ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol seorang kenalannya, dilaporkan terlibat dengan satu lagi kes dakwaan...

Susulan suspek warga Nigeria campak cucu dari tingkat 3 – sakit mental atau ajaran sesat?

TERLIBAT ajaran sesat ataupun menghidapi masalah mental? Itu dua kemungkinan berhubung suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga...

Pramugari tawar khidmat pelacuran dalam ‘flight’, syarikat penerbangan mulakan siasatan

SYARIKAT penerbangan British Airways menjalankan siasatan selepas timbul dakwaan ada pramugari mereka menawarkan khidmat pelacuran di dalam penerbangan. Kru kabin...

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...