Dijerut dengan tali gitar, dan disumbat kondom pengakhiran paling sadis buat pedofil yang pernah mencabul kanak-kanak miskin di Malaysia

Penjenayah pedofil paling teruk di Britain yang sebelum ini ditemui mati akibat ditikam pada Oktober tahun lalu, dilaporkan turut dijerut selain mulutnya juga disumbat dengan kondom.

Richard Huckle yang mencabul beratus-ratus kanak-kanak termasuk di Malaysia sebelum ini sedang menjalani 22 hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan melakukan pencabulan ke atas ratusan kanak-kanak di seluruh dunia.

Dia yang sudah ditahan sejak Jun 2016, bagaimanapun ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam kurungannya di penjara Full Sutton, East Yorkshire, England Oktober tahun lalu.

Penjara Full Sutton, East Yorkshire, England

Menurut laporan Huckle yang ditikam menggunakan senjata buatan sendiri turut dijerut menggunakan tali gitar didalam sel tahanannya sebelum turut disumbat dengan kondom sehingga lemas.

Sementara itu minggu lalu seorang lelaki berusia 29 tahun sudah ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan Huckle yang juga seorang bekas guru Bahasa Inggeris.

Huckle dilapor telah mencabul sehingga 200 kanak-kanak, kebanyakannya daripada komuniti miskin di Kuala Lumpur ketika berada di Malaysia pada usia 18 atau 19 tahun.

Penyiasat menjumpai lebih 20,000 gambar dan video lucah Huckle melakukan serangan seksual terhadap mangsa kanak-kanak terbabit.

Rakaman itu kemudian dikongsi Huckle bersama pedofil lain di laman web tersembunyi atau dark web.

Sumber : Dailymail UK

Most Popular

Anggota PGA maut ditembak penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand, rakan kritikal

SEORANG anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang bertugas di pos sempadan Malaysia - Thailand dilaporkan maut akibat ditembak dalam kejadian awal...

Sudahla dicabul guru sendiri, pelajar ini dikecam pula burukkan imej Thailand

SEORANG wanita di Thailand dikecam kerana mengetengahkan isu gangguan seksual melibatkan sistem pendidikan dalam protes menentang kerajaan di Bangkok, baru-baru ini.

Suspek yang sama! Peragut dah cuba ‘buat hal’ di restoran Gombak sebelum tumbuk muka wanita di farmasi Setapak

DUA lelaki yang bertindak melakukan jenayah ragut di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Setapak pada Sabtu lalu dikatakan cuba meragut seorang wanita...

Misteri ketukan pintu di Sabak Bernam, angkara manusia atau hantu?

BUNYI ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih...