SEORANG lelaki Thailand mendakwa dirinya dirasuki roh pendendam dan memaksa dia membunuh diri sebanyak dua kali.
Lelaki yang dikenali sebagai Teerayut Naesuk itu berkata, roh pendendam itu telah menghantui kehidupannya dan keluargan sejak 14 April lalu, lapor Kosmo.
Teerayut, 40, tinggal di daerah Sattahip dalam wilayah Chon Buri, timur Thailand.
Roh tersebut merasuki tubuh Teerayut dan memaksa dia menggantung diri sebanyak dua kali, bagaimanapun lelaki itu berjaya diselamatkan oleh ahli keluarganya.
Dia kemudian memutuskan untuk membawa keluarganya ke Wat Thep Prasat di Chonburi untuk mendapatkan bantuan seorang sami bernama Ajahn Eid.
Ajahn Eid kemudian melakukan upacara mengusir roh jahat untuk cuba membebaskan Teerayut.
Semasa upacara itu, roh sama merasuki tubuh Teerayut sekali lagi dan memberi peluang kepada Ajahn untuk berkomunikasi dengannya.
Roh itu memberitahu Ajahn bahawa semasa Teerayut menjadi renjer hutan, dia telah mencuri wang sebanyak 70,000 baht (RM8,868) dari sebuah rumah kayu berhantu sebelum memusnahkannya dengan harapan untuk menemui lebih banyak wang.
Ajahn memberitahu, roh itu mahu Teerayut membetulkan kembali jenayah yang dilakukan pada 19 tahun lalu dengan membayar balik 20,000 baht (RM2,533). Entiti itu juga mahu Teerayut menjadi sami.
Teerayut mengaku bahawa dia melakukan jenayah tersebut dan cuba memenuhi kehendak hantu itu.
Jika Teerayut tidak melakukan seperti yang diarahkan, Ajahn mendakwa bahawa entiti itu akan membuat Teerayut menjadi gila dan cuba meragut nyawa setiap ahli keluarganya.
Entiti itu memberitahu Ajahn bahawa Teerayut telah membayar balik sebanyak 50,000 baht (RM6, 334) dalam bentuk kebaikan yang dilakukannya sejak 19 tahun lalu.
Sumber: Kosmo