Budaya suami minum susu isteri adalah kewajiban di Uganda

BAGI setiap bayi yang diahirkan, susu ibu merupakan sumber makanan bagi anak dan ia juga mempunyai khasiat istimewa. Dalam masa yang sama, ia juga mampu mencipta kenangan manis di antara seorang ibu dan anak.

Walau bagaimanapun, setiap ibu juga perlu sedar bahawa ia bukanlah sesuatu yang buruk jika mereka tidak dikurniakan susu badan yang banyak.

Pelik tetapi benar! Di Uganda, terdapat satu budaya di mana isteri dipaksa menyusukan si suami. Walaupun budaya ini telah lama didiamkan, namun Menteri Kesihatan Uganda menyatakan tabiat ini perlu dihentikan dengan segera.

Ini lantaran pihak Menteri Kesihatan di Uganda telah menerima banyak laporan berkenaan bayi-bayi kurang zat dalam badan akibat tidak mendapat susu ibu yang cukup.

Disebabkan itu, ibu-ibu di sana terpaksa memilih untuk memberikan susu formula kepada anak mereka disebabkan susu badan mereka habis disedut sang suami. Di samping itu, pihak perubatan di sana kerap menerima kes wanita mengalami masalah jangkitan payu dara disebabkan gigitan suami semasa menyusu.

Hal ini telah menjadi persoalan dan menurut satu laporan yang dikendalikan oleh Universiti Kyambogo dan Univeristi of Kent, Britain. Antara faktor mengapa sang suami mahu disusukan isteri adalah kerana mereka menganggap ia sebagai tanda kesetiaan dan simbol kasih sayang. Mereka juga dapati si isteri terpaksa bersetuju dan memilih untuk mengendahkan kesan kepada bayi kerana takut suami akan main kayu tiga.

Terdapat juga satu kepercayaan segelintir lelaki Uganda di mana susu badan isteri mampu berikan mereka tenaga dan kekuatan organ seksual. Selain itu, ia juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit seperti AIDS dan kanser jika mereka menyusu dengan kerap.

Bukan setakat itu, para suami di negara Tanzania juga percaya minum susu isteri mampu pulihkan mabuk. Manakala suami di Kenya telah ditetapkan satu buah dada isteri untuk sang suami, sebelah lagi pula untuk anaknya.

Apapun, ini adalah satu kepercayaan budaya yang mungkin perlu ditekankan oleh pihak kesihatan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan bayi kecil. Tidak dinafikan, susu ibu sangat berkhasiat namun ia adalah lebih baik untuk bayi bukannya suami.

Sumber: Kool FM