Buang tabiat! Lelaki tanpa seurat benang selamba ‘catwalk’ di kota London

DAH kenapa ni bang? Buang tabiat ke? Tak sejuk?

Itu tindakan seorang lelaki tidak dikenali yang mencetuskan kekecohan di London, baru-baru ini.

Menerusi posting yang tular di laman sosial, kelihatan seorang lelaki dalam keadaan tanpa seurat benang selamba berjalan di kawasan awam di kota popular itu.

Malah, dia juga tidak menghiraukan orang ramai yang memerhatikan perbuatannya tidak senonohnya itu.

Polis sehingga kini masih lagi memburu identiti lelaki berkenaan.

Dia sehingga kini gagal ditemui selepas melarikan diri sejurus ketibaan pihak berkuasa di lokasi kejadian.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Ahad.

Untuk rekod, cuaca semasa di kota London ketika ini adalah sekitar 10 darjah Celsius.

sumber: Daily Star