Berang alami kentut berpanjangan selepas makan sandwich, lelaki Britain nekad saman gerai makan

Cheese sandwich photo created by topntp26 - www.freepik.com

SEORANG lelaki di Britain telah mengemukakan saman sebanyak £200,000 (RM1 juta) terhadap pemilik sebuah gerai makan yang didakwa menjadi punya dirinya mengalami masalah kentut tanpa henti sejak lima tahun lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Tyrone Prades mendakwa sandwich yang dijamahnya pada Disember 2017 menyebabkannya mengalami kekejangan pada perut, demam, muntah dan cirit-birit beberapa jam, lapor Kosmo.

Memetik laporan Daily Star, lelaki berusia 46 tahun itu membeli makanan tersebut semasa melawat sebuah pasar Krismas di Birmingham bersama isteri dan anak-anaknya.

Peguamnya memberitahu mahkamah bahawa Prades terlantar di atas katil selama lima minggu akibat jangkitan bakteria salmonella.

Menurutnya, Prodes mengalami masalah kembung perut yang kerap dan tidak terkawal sejak kejadian itu.

Lebih memalukan, dia juga akan kentut dan tidak dapat mengawalnya sehingga kerap terjaga ketika tidur.

Malah perutnya didakwa sering mengeluarkan bunyi aneh

Perutnya juga sering mengeluarkan bunyi aneh selepas kesakitan itu reda.

Memetik laporan Kosmo lagi, peguamcara bagi Frankfurt Christmas Market Ltd., Philip Davy berkata, pegawai kesihatan alam sekitar ada menemui bakteria e-coli pada pisau yang digunakan dalam menyediakan sandwic tersebut, namun bukan salmonella seperti yang didakwa.

Disebabkan Prades tidak mendakwa bahawa dia dijangkiti oleh e-coli, dia perlu membuktikan diri dijangkiti bakteria itu bagi membolehkannya menerima wang tuntutan saman.

Frankfurt Christmas Market Ltd. pula menafikan dakwaan Prades, dan kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah

Sumber: Kosmo