Anak guam hanya mampu beri ketam kerana tiada duit, sifat peguam ini tuai pujian netizen!

TULAR sebuah perkongsian yang dikongsi sendiri oleh seorang peguam di bandar Sorsogon, Filipina yang gembira menerima ketam sebagai bayaran setelah anak guamnya tidak mampu untuk membayar khidmatnya dengan menggunakan duit.

Menurut laporan, Noel Allen Bose telah memuat naik sekeping gambar di Facebook yang menunjukkan dirinya sedang memegang beberapa ekor ketam di perkarangan luar mahkamah.

Peguam itu turut menjelaskan bahawa anak guamnya memberikan ketam selepas habis perbicaraan dan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk membayarnya. Namun, dia dengan hati yang terbuka menerima ketam tersebut.

Sehubungan itu, kisahnya menjadi tular dan mendapat perhatian warganet dan Noel amat berterima kasih kepada setiap individu yang memberikan kata-kata baik buatnya.

“Ketam sangat mengenyangkan tetapi reaksi anda semua pada kiriman ini membuatkan hati saya lebih ‘kenyang’”, katanya melalui ruangan komen perkongsian tersebut.

Tambahnya, “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam yang bekerja untuk kerajaan dan swasta. Mereka biasanya tidak berkongsikan mengenai cabaran yang dilalui tetapi mereka rajin dan setia pada janji mereka untuk membantu sesama warga Filipina”.

Dalam pada itu, Noel juga sempat memuat naik gambar ketam yang sudah dimasak di ruangan komen.

Wah memang terbaik!