Ahli politik ‘AA’ Indonesia didakwa rogol anak ketika isteri masuk hospital akibat Covid-19

SEORANG ahli politik didakwa merogol anaknya ketika isteri sedang berada di hospital akibat Covid-19.

Lelaki dari Nusa Tenggara, Indonesia itu didakwa merogol gadis berusia 17 tahun itu ada 18 Januari lalu.

Menurut pendedahan polis, suspek berusia 65 tahun dan laporan dibuat oleh mangsa sehari selepas kejadian itu.

Dedah Ketua Polis Mataram, Heri Wahyudi, pemeriksaan kesihatan turut mendapati wujudnya kesan serangan seksual pada mangsa.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Dalam satu kenyataan berasingan, ahli politik yang menggelarkan diri sebagai AA itu menafikan segala tuduhan berkenaan.

sumber: mstar