Home Berita Luar Negara Acah nak buat prank, pelajar terima padah tersekat dalam mesin pengering pakaian

Acah nak buat prank, pelajar terima padah tersekat dalam mesin pengering pakaian

TAK fikir panjang, melekat dalam mesin pengering baju! Itu situasi yang dihadapi seorang pelajar daripada University of Hull, Yosrkshire, England apabila kakinya tersepit dalam mesin pengering baju.

Pelajar yang dikenali sebagai Rosie Cole, 21, pada mulanya dikatakan pada mulanya sekadar mahu melakukan gurauan atau prank sebelum tersekat dalam mesin berkenaan.

Kejadian bermula apabila Rosie dikatakan menerima cabaran daripada rakan-rakan kediamannya untuk masuk ke dalam mesin pegering tersebut apabila masing-masing berada dalam keadaan mabuk.

Rosie berjaya diselamatkan pihak bomba.



Rosie kemudiannya berjaya diselamatkan oleh tiga orang anggota bomba yang tiba selepas dihubungi rakannya.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini.

“Saya tak mahu berbohong, sejujurnya saya tidak pernah membasuh pakaian sendiri apatah lagi menggunakan mesin pengering pakaian,” kata Rosie.

Sumber: Thesun.co.uk

Exit mobile version