800 anggota tentera Rusia terbunuh setakat ini – Kementerian Pertahanan Ukraine

Special forces photo created by kjpargeter - www.freepik.com

KEMENTERIAN Pertahanan Ukraine memaklumkan bahawa kira-kira 800 anggota tentera Rusia telah terbunuh sejak Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan operasi ketenteraan khas di timur negara itu pada Khamis.

Bercakap kepada agensi antarabangsa, kementerian itu memaklumkan lebih daripada 30 buah kereta kebal Rusia berjaya dimusnahkan, manakala lebih tujuh pesawat pejuang dan enam helikopter yang digunakan tentera Rusia juga berjaya ditembak jatuh, lapor Astro AWANI.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada angka korban secara rasmi yang dikeluarkan pihak Rusia sejak operasi ketenteraan itu dijalankan.

Rusia pula mengesahkan tentera mereka telah membedil lebih 70 sasaran tentera termasuk 11 lapangan terbang di Ukraine.

Operasi menyasarkan kemudahan ketenteraan Ukraine itu dibuat selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan ‘operasi khas’ pada jam 5.40 pagi Khamis (waktu tempatan).

Sumber: Astro AWANI