20 jemaah Umrah terbunuh, bas dinaiki menuju ke Makkah terbakar

20 JEMAAH umrah terbunuh dan puluhan yang lain cedera apabila sebuah bas membawa jemaah umrah terbakar selepas melanggar jambatan ketika menuju ke bandar suci Makkah.

Memetik laporan media tempatan, insiden berlaku di wilayah selatan Asir.

Kemalangan menyayat hati itu berlaku pada minggu pertama Ramadan di tengah kesibukan melakukan ibadah umrah dan hanya beberapa bulan sebelum jutaan umat Islam menunaikan haji.

Mangsa yang terbabit mempunyai latar belakang kewarganegaraan berbeza namun tidak memperincikan dan identiti mereka, lapor media tempatan. 

Akhbar swasta Okaz melaporkan, kemalangan berpunca masalah brek sehingga menyebabkan bas itu telah melanggar jambatan, kemudian terbalik dan terbakar serta-merta.

Berdasarkan rakaman disiarkan saluran televisyen Al-Ekhbariya menunjukkan seorang wartawan berdiri di hadapan bas yang hangus.

Tugas membawa jemaah di sekitar tapak suci di Arab Saudi dikelaskan sebagai tugas berbahaya, terutamanya semasa haji apabila keadaan jalan raya kelihatan ‘huru-hara’ dengan bas sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. 

Haji dan umrah adalah komponen terpenting dalam sektor pelancongan yang sedang berkembang pesat di Arab Saudi, sekali gus diharapkan dapat mengeluarkan kebergantungan ekonomi negara itu terhadap pengeluaran minyak.

Sumber gambar – ISMAWeb | Sumber laporan – Buletintv3.my