1,000 janin manusia ditemui dalam peti sejuk beku

PIHAK polis menemui lebih 1,000 janin manusia disimpan dalam peti sejuk di sebuah pangsapuri di Ha Dong, Vietnam selepas menerima maklumat berhubung sekumpulan individu kerap membawa beg hitam di kawasan itu.

Menurut Vietnam Insider, polis telah mengawasi kumpulan itu dan mengikut mereka sehingga ke apartmen yang tersebut.

Pasukan keselamatan kemudian menyerbu pangsapuri berkenaan dan menemui dua peti sejuk besar yang dipenuhi beg berisi janin manusia dan empat orang ditahan untuk disoal siasat.

Peti sejuk beku dan janin itu ditempatkan di rumah pengebumian daerah sementara menunggu siasatan.

Siasatan awal polis menunjukkan keempat-empat suspek sering mengumpul janin hasil pengguguran daripada klinik dan tempat pembuangan sampah di bandar dan mengatur pengebumian yang sesuai.

Untuk rekod, menurut laporan kesihatan rasmi, kes kadar pengguguran di Vietnam menduduki carta tertinggi di dunia. abatan Kesihatan Ibu dan Anak di bawah Kementerian Kesihatan juga telah mencatatkan 14 pengguguran bagi setiap 100 kelahiran di negara ini pada 2018.

Sumber: Vietnam Insider