‘WARTAWAN CILIK’ yang menarik perhatian ramai beberapa hari lalu, adik Muhammad Haziq sekali lagi menunjukkan bakatnya apabila dilihat membuat pengumuman berkaitan suntikan ‘booster’ vaksinasi Covid-19 di kawasan sekitar tempat tinggalnya.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna laman TikTok, Damia Millatina, Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, kelihatan diberi peluang membuat pengumuman berkenaan dengan menaiki sebuah van Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di pekan Bukit Selambau, Kedah.
“KKM telah memulakan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19,” kata Haziq dalam video berkenaan.
Menerusi keterangan di kapsyen video tersebut pula, Haziq dikatakan semakin terkenal sehingga diberi peluang berkenaan.
“My mom told me hes getting famous! Sampai KKM ambil dia bawa untuk bagi announcement dekat kawasan kampung,” tulisnya.
Lebih menarik, empunya posting berkenaan turut mendedahkan Haziq sudah mendapat tawaran lakonan.
“Okay new update: dia dapat offer berlakon dah gais,” jelasnya.
Rata-rata pengikut di laman sosial tersebut turut kagum dengan kepetahan Haziq dalam berkata-kata.
“Aku pasti dik kau akan terkenal suatu hari nanti,” tulis oddeyesinnit.
“Sikit lagi dik, lepas ni habis job wartawan, pengacara, pembaca berita, pengerusi majlis dan seangkatan semua hang tapau,” tulis Ida.