Home Viral (Video) Anak Buat Kejutan Harijadi Untuk Mak Ayah ‘Istimewa’, Rider Sebak Tolong...

(Video) Anak Buat Kejutan Harijadi Untuk Mak Ayah ‘Istimewa’, Rider Sebak Tolong Bacakan Kad Ucapan

Walau sebesar mana pun kebaikan yang kita lakukan, tiada apa yang mampu membalas jasa ibu ayah yang telah bergolok gadai, korbankan segalanya untuk kita.

 

Semuanya tidak setanding dengan pengorbanan mereka membesarkan kita sehingga kita hidup saat ini. Tanpa mereka, siapalah kita.

Sebagai anak, kita diwajibkan untuk berbakti kepada ibu bapa kerana merekalah salah satu sumber keberkatan dalam hidup. Malah, redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.

Baru-baru ini, seorang pengusaha penghantaran hadiah bernama Siti Sarah telah berkongsi sebuah video yang mengundang sebak di dada. Dalam video berkenaan, jelas terpancar kegembiraan di wajah sepasang suami isteri kelainan upaya penglihatan yang baru menerima kiriman anak mereka sempena hari lahirnya.

 

Delivery paling bermakna bagi aku harini dan aku simpan dekat sini. Delivery harini mengajar aku sesuatu, sesuatu yang susah kita nak jumpa. Dan kita sendiri terlepas pandang.

 

Kita selalu nak kan yang sempurna, nak ibu bapa macam ni macam ni. Tak dapat apa-apa, kita bebai (marah). Tapi kadang-kadang cuba kita fikir mereka yang tak mampu nak bagi. Mak abah yang tak dapat melihat.

Masyallah aku menangis ya waktu nak baca air mata bergenang suara aku bergetar-getar dengan harapan makcik tu takdelah perasan.

Yang paling aku nampak ialah walaupun mereka buta, aku tengok dorang gembira macam kita jugak. Tak nmpak sedih langsung.. Dikurniakan pulak anak yang baik masyallah.

Bila aku baca dah lah memang aku panggil mak abah aku dengan panggilan macam tu dan gelaran aku sendiri ialah kakak. Aku sendiri rasa nak berguling nangis dekat tar eh over lak kau.

Mesti mak abah dia sayang dekat anak, ingat kot hari lahir anak dia. Masyallah bertuahnya kamu. Terima kasih kepada yang tempah ni. Betul-betul terkesan dihati saya.

 

 

Credit : https://www.facebook.com/sarah.shukor/posts/3936393609766383

Credit : SK

Exit mobile version