Tersebar Video Ular Dalam Laci Kelas! Bomba Ingatkan Pihak Sekolah Periksa Kelas Sebelum Dibuka

Sekolah nampaknya akan kembali dibuka semula pada bila-bila masa sahaja selepas ditutup selama lebih 3 bulan berikutan penyebaran pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

Disebabkan itu, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu perkongsian di Facebook rasmi mereka mengingatkan pihak sekolah untuk memeriksa kelas, bilik khas dan semua laci meja kerana risau ada haiwan berbisa seperti ular.

Satu rakaman video yang menunjukkan anggota Bomba mengeluarkan seekor ular dari dalam kelas juga dikongsikan dan saiz ular berkenaan boleh tahan besarnya.

Bagaimanapun, lokasi dan tarikh kejadian tidak dimaklumkan dan di akhir video kita boleh lihat seorang pegawai Bomba sedang menunjukkan cara untuk menangkap ular.

Sekolah dah nk buka..harap pihak sekolah periksa setiap laci meja murid takut ada yang menumpang

Sekolah dah nk buka..harap pihak sekolah periksa setiap laci meja murid takut ada yang menumpang ?Kredit video: Man Darulaman

Posted by Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) on Tuesday, 16 June 2020

 

Pada 24 Jun ini, pelajar tingkatan 5 dan 6 akan kembali memulakan sesi persekolahan selepas bercuti panjang dan kita harapkan agar semuanya berjalan lancar dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

Kredit : Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia