DI bulan Ramadan, sudah pasti ramai di antara kita yang gemar berkongsi antara satu sama lain dalam pelbagai cara termasuk bersedekah.
Baru-baru ini, perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Ikhfa Musa mendapat perhatian warganet dek kerana kemurahan hati peniaga ini.
Dalam perkongsian tersebut, Ikhfa menceritakan bahawa dia ‘teringin’ berbuka dengan hidangan sushi. Menurutnya, selalunya peniaga sushi tersebut selalu berniaga di Balok, Pahang dan malangnya dirinya tidak berkesempatan untuk membeli kerana sudah habis.
Jadi, disebabkan itu Ikhfa membeli melalui pesanan secara talian di Whatsapp. Dia memesan sushi dengan jumlah yang banyak dan pesanan itu dimaklumkan akan dihantar secara tunai semasa penghantaran (COD).
Lebih mengejutkan apabila kos penghantaran tersebut hanya diambil sebanyak RM3 kerana peniaga tersebut duduk di Gambang, Pahang dan Ikhfa duduk di Beserah, Pahang. Peniaga tersebut bersetuju untuk menghantar pesanan, walaupun ia akan mengambil masa kira-kira masa 30 minit.
Setelah membayar pesanan tersebut melalui pembayaran secara talian, dia pun menunggu pesanannya sehinggalah hampir merasa kecewa disebabkan makanan yang dipesan tidak kunjung tiba walaupun sudah hampir berbuka.
Walau bagaimanapun, peniaga tersebut memaklumkan bahawa dia akan sampai lambat sedikit dan difahamkan peniaga tersebut COD dalam keadaan hujan yang sangat lebat.
Bukan setakat itu, malah peniaga yang bernama Syah itu juga meminta maaf dan sekali lagi Ikhfa terkejut apabila mendapat pesanan bahawa sushi yang dihantar itu adalah percuma.
Pada awalnya, Ikhfa ‘ingat’ dia memberi sushi lebih tetapi peniaga tersebut memulangkan wang sebanyak RM50 kerana rasa bersalah menghantar pesanan dengan lambat.
Apabila, dia mahu memulangkan semula duit, peniaga tersebut menghalang perbuatan tersebut dan berkata bahawa dia sudah berniat untuk bersedekah.
Dengan hati yang gembira dan syukur, Ikhfa mengucapkan terima kasih walaupun hal terlambat menghantar pesanan makanannya itu hanya hal remeh. Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi beberapa gambar sushi tersebut dan memberitahu orang ramai bahawa sushi tersebut sememangnya enak dan setanding dengan sushi yang dijual di pusat beli belah.
Selain itu, dia juga sedar apakah alasan produk peniaga sushi tersebut sering laku habis dan menurutnya itu adalah kerana peniaga tersebut gemar berniaga sambil beramal. Jadi memang tidak pelik kenapa dirinya tidak berkesempatan untuk membeli sushi dari kedai terdekat di kawasan rumahnya.
Memang baik betul! Semoga peniaga tersebut dilimpahkan lagi dengan rezeki yang banyak!
Sumber: Facebook Ikhfa Musa