SIAPA sangka dengan hanya tidur selama 7 jam sudah boleh meraih pendapatan lumayan. Seperti seorang streamer ini, Asian Andy yang berjaya mendapat sebanyak $16,000 (RM64,650), lapor portal Gulapop.
Memetik laporan asal portal Ladbible, Andy hanya memaparkan aksinya tidur secara live selama 7 jam dan penonton ‘menyumbangkan’ wang kepadanya dengan menganggunya tidur.
Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana penonton menganggunya ketika tidur? Penonton meminta bantuan pembantu maya, Alexa untuk memasang muzik dengan kuat atau meniru bunyi anjing menyalak.
Malah, ada juga yang cuba menakut-nakutkannya dengan mengatakan ada orang sedang memerhatikannya dari tingkap.
Di akhir video live tersebut, Andy terkejut dan seolah-olah tidak percaya dengan sumbangan wang daripada penonton.
Sumber: Gulapop