SEBELUM ini tular di media sosial mengenai pekerja syarikat penghantaran barang J&T yang membaling ‘parcel’ pelanggan kerana mogok komisen telah dikurangkan, lapor portal Oh My Media.
Terbaharu, menerusi perkongsian di aplikasi TikTok milik seorang lelaki bekerja di J&T telah memuat naik satu video memaparkan keadaan selepas peristiwa dahulu.
Menerusi video berdurasi 23 saat itu, dapat dilihat ‘parcel’ yang diterima oleh pihak J&T sewaktu promosi berlangsung dijaga dan diatur dengan elok tanpa mencampakkan seperti dahulu.
Meskipun barang diterima dalam kuantiti yang banyak namun, mereka berjaya mengatur dengan langkah lebih berhati-hati.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘terhibur’ dengan cara lelaki tersebut dan memesan agar sentiasa menjaga barang pelanggan.
Selain itu, mereka juga mengakui meskipun J&T melakukan masalah dahulu namun, masih tetapi dihati kerana perkhidmatan yang laju dan pantas.
Macam ini kan bagus! Tak baling-baling barang. ‘Customer’ pun gembira barang sampai cepat dan elok. Bagus, teruskan.
Sumber: Oh My Media