SEORANG penyampai televisyen program Acces Direct di Romania diserang menggunakan bata di dalam studio.
Lebih mengaibkan, serangan itu dilakukan seorang wanita tanpa seurat benang ketika penyampai saluran Antena 1, Mirela Vaida sedang bersiaran langsung, lapor Awani.
Insiden yang berjaya dirakam itu menunjukkan Mirela berhenti bercakap lalu menjerit.
Wanita bogel itu kemudian dilihat berlari menuju ke arah Mirela sebelum mencampakkan bata ke arahnya.
Bagaimanapun bata tersebut tidak mengenainya.
Krew produksi dilihat meluru ke arah wanita bogel itu untuk menghalang sebarang tindakan lain yang mungkin dilakukannya.
Antena 1 bertindak menghentikan siaran selama 15 minit dan hanya menyiarkan iklan sejurus kejadian itu berlaku.
Mirela kemudian kembali bersiaran langsung dan menjelaskan berkenaan situasi yang berlaku.
Mirela yang tidak mengenali wanita bogel itu berkata dia sangat terkejut dan sedaya upaya untuk bertenang.
Polis yang menahan wanita bogel itu bagaimanapun masih belum mendedahkan identiti wanita yang berasal dari bandar Lasi, timur Romania itu.
Motif kejadian juga masih menjadi tanda tanya.
Sumber: Awani