Sampai peluk parcel customer, motor pekerja J&T dipenuhi barang bikin netizen kesian

SEJAK beberapa hari lalu, kecoh mengenai sebuah syarikat perkhidmatan penghantaraan barangan apabila beberapa kakitangan bertindak mencampak barang pelanggan sehingga tular video di media sosial, lapor portal Oh My Media.

Tidak lama selepas itu, pihak terlibat telah tampil memohan maaf selain kenyataan yang menafikan kejadian itu tiada kaitan dengan mogok atau bayaran komisen.

Walau bagaimanapun, janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ini kerana hanya lokasi tertentu sahaja yang mengalami masalah longgokan ‘parcel’.

Terbaharu, viral video di aplikasi TikTok memaparkan kegigihan seorang pekerja J&T Express demi memastikan barang sampai ke tangan penerima.

Menerusi video berdurasi lima saat itu, dapat dilihat semangat seorang pekerja membawa banyak bungkusan yang penuh kiri kanan dengan hanya menunggang motosikal sehingga boleh menganggu penglihatannya.

“Pukul 5.00 petang. Semoga staf-staf J&T dan kurier lain tabah. Terima kasih beri perkhidmatan terbaik dan amanah dengan barang customers,” coret seorang pengguna @ellamustaffa.

https://www.tiktok.com/@ellamustaffa/video/6927239811786935553?referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2F&referer_video_id=6927239811786935553
PERKONGSIAN video mengenai ketabahan staf J&T terbabit yang viral di aplikasi TikTok.

Perkongsian wanita tersebut yang dikhabarkan berlaku di Semenyih itu dibanjiri komen-komen netizen yang turut bersimpati melihat pengorbanan pekerja berkenaan.

Kesiannya, gigih dia bawa banyak-banyak macam tu. Sabar ya semua nanti barang sampai. Hargailah penat lelah mereka, jangan tahu nak marah saja!

Sumber: Oh My Media