MUNGKIN sesuatu yang agak aneh namun sebahagian besar orang di luar sana mengetahui berhubung straw dari Coffee Bean yang boleh dimakan bagaimanapun ia tidak digalakkan.
Perkara itu berikutan pembuatan straw berkenaan yang dikatakan diperbuat daripada beras.
Malah perkongsian seorang individu mengenai resipi yang menggunakan straw berkenaan untuk dijadikan sebagai menu Carbonara cetus tanda tanya netizen.
Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok daripada pemilik akaun @kumpenghan yang menunjukkan beliau mendapatkan straw tersebut dalam kuantiti yang banyak selain turut membeli aiskrim di McDonalds.
Lebih menjadi tanda tanya, apabila straw berkenaan digunakan sebagai ramuan utama untuk dijadikan sebagai pasta yang turut dimasak bersama aiskrim McDonalds untuk dijadikan sebagai kuah.
Video itu mencetuskan warganet berikutan persediaan hidangan tersebut tidak seperti menu kebiasaan.
Selesai dimasak, apa yang jelas adalah keadaan masakan itu sememangnya tidak menyelerakan malah perkara itu turut mendapat perhatian Khairul Aming yang terkenal dengan perkongsian resipi masakan.