Pura-pura cacat demi dapatkan parking, tetapi sebenarnya…

TINDAKAN sekumpulan lelaki di Kuala Lumpur menjadi perbualan hangat warganet susulan tindakan mereka yang menyalahgunakan parkir orang kurang upaya (OKU).

Video tular berdurasi 38 saat itu menyaksikan perbualan sekumpulan lelaki itu yang mengeluh akibat tiada ruang parkir kenderaan disebabkan pengunjung yang ramai.

Buntu memikirkan keadaan itu, salah seorang rakannya mencadangkan agar perlu berpura-pura cacat bagi menggunakan kemudahan OKU.

“Aku ada dekat Mid Valley ni, tapi nak parking susah. Lepas itu, kawan cakap kalau nak dapat parking ada satu cara.

“Betul-betul dapat parkinglah, tapi cara dia pelik sikitlah. Betul-betul dia jadi cacat, ini kalau kantoi dengan pak guard ni memang mati. Tapi, betul-betul dapat parking,” katanya.

Bukan hanya salah guna, malah perbuatan itu turut dirakam sahabatnya sebelum memuatnaiknya di media sosial.

Tindakan itu sudah pasti menerima kecaman netizen yang menganggap perbuatan itu menyusahkan golongan yang memerlukan.

Namun begitu, ternyata tujuan asal video berkenaan didakwa hanya bertujuan sebagai ‘content’ berunsurkan nasihat dan mesej kepada orang awam supaya tidak menyalahgunakan kemudahan OKU.

Mungkin ramai yang tidak mengenali pengguna akaun TikTok tersebut namun pada asalnya, individu berkenaan sememangnya terkenal dengan content yang bersifat realiti kehidupan.

Dan melalui perkongsian terbaharunya di laman TikTok, individu tersebut telah memuat naik sebuah video permohonan maaf.

Dia juga menjelaskan niat sebenarnya menghasilkan video terbabit.

“Kepada rakyat malaysia dan golongan oku saya memohon maaf. Matlamat video itu tersalah erti, silapnya daripada saya. Terima kasih kerana menegur saya,” tulisnya.

https://www.tiktok.com/@iswanishak/video/7039278168292855066?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Perkongsian terbaharu Iswan Ishak.