SATU perlawanan bola sepak di Indonesia terhenti selepas seorang wanita dilihat tiba-tiba berjalan masuk ke dalam padang.
Lebih melucukan, tindakan wanita terbabit semata-mata untuk memanggil teman lelakinya yang sedang bermain bola untuk pulang ke rumah.
Video yang tular di laman sosial itu turut mengundang rasa lucu penonton.
Ketika kejadian, permainan yang juga ditonton ramai penyokong tiba-tiba terhenti.
Wanita itu yang masih memakai topi keledar itu terus menuju ke arah seorang pemain yang dipercayai teman lelakinya.
Keadaan menjadi gamat apabila penonton mula bersorak atas tindakan wanita itu.
Pemain yang terkejut itu kemudiannya berjalan keluar dari padang bersama teman wanitanya.
Sorakan juga dilihat semakin kuat apabila mereka keluar daripada padang.
Netizen juga meluahkan rasa lucu dan menganggap pemain bola sepak itu belum mendapat ‘lesen besar’.