SEORANG lelaki yang menggelar dirinya emotional counselor asal China, Xiao Sheng menjadikan kerjaya relationship breaker bagi membantu menyelamatkan hubungan suami isteri kembali seperti sedia kala.
Xiao Sheng yang telah menjalankan perniagaan perkhidmatan yang unik ini selama enam tahun dan bertanggungjawab memusnahkan hubungan antara lelaki yang sudah berkahwin dengan wanita simpanan mereka.
Dia yang kini mempunyai kakitangan seramai 8 orang terdiri dari penganalisis situasi, pengurus perkhidmatan pelanggan, serta pelakon dan pengarah akan membantunya untuk merancang babak tertentu yang perlu dilakonkan bagi memutuskan hubungan lelaki yang sudah berkahwin dengan wanita simpanan mereka.
Menurutnya, terdapat situasi yang sangat rumit dan mahal sehingga mampu mencecah bayaran 150,000 yuan atau lebih kurang RM 94 ribu mengikut kontrak.
Menurut Oddity Central, Xiao Sheng pernah diupah seorang wanita yang mahu ‘menghapuskan’ perempuan simpanan suaminya. Lalu, Xiao Sheng telah menyamar menjadi seorang vacation planner yang menawarkan short getaway kepada pasangan suami dan isteri ini.
Ketika sedang bercuti, seorang stranger akan menghantar surat kepada si suami yang memberi amaran supaya memutuskan hubungan dengan perempuan simpanannya kerana mistress itu sebenarnya sudah ada boyfriend baru.
Untuk memastikan plan ini berjaya, beberapa gambar yang telah diubah suai telah dikepilkan sekali sebagai bukti perempuan simpanan si suami benar-benar sudah ada pacar baru.
Apa yang menarik, sejurus sahaja pulang daripada bercuti selama 10 hari bersama isterinya, si suami terus memutuskan hubungan dengan perempuan simpanannya dan sehingga hari ini, dia langsung tidak tahu bahawa ini semua hanyalah satu rancangan Xiao Sheng atas arahan isterinya.
Tambah, untuk perkhidmatan itu, Xiao Sheng dibayar 200,000 yuan (RM126,545). Mungkin jumlah itu kedengaran terlalu tinggi tapi si isteri tidak kisah membayarnya asalkan perempuan simpanan sudah tidak menganggu rumah tangganya lagi.
Walau bagaimanapun, tidak semua perkhidmatan yang dilakukannya mampu menjamin hasil yang baik.
Terang Xiao Sheng lagi, kadangkala, dia dan pekerjanya tidak perlu untuk merancang secara terperinci kerana kadang kala pihaknya hanya akan pergi berjumpa dengan perempuan simpanan suami pelanggan mereka dan cuba untuk meyakinkan mereka supaya memutuskan hubungan.
Pernah juga Xiao Sheng mengupah pelakon yang kacak untuk menggoda si perempuan simpanan. Gambar mereka bersama kemudiannya akan diambil secara rahsia sebelum dihantar kepada si suami sebagai bukti kononnya mistress mereka curang.
Dalam pada itu, lelaki ini juga mendedahkan pekerjaannya memerlukan dia dan pekerja mengekori perempuan simpanan untuk mengetahui jika wanita itu mempunyai sebarang rahsia yang boleh digunakan.