Pelajar Universiti Bengang Dapat Rakan Bilik Yang Pengotor, Dah Tegur Tapi Tiada Perubahan

Seorang penuntut wanita sebuah universiti meluahkan rasa kesal apabila terpaksa tinggal dengan rakan sebilik yang didakwa pengotor kerana tidak pandai menjaga kebersihan bilik.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok Ziela memperlihatkan bilik yang didiami mereka bersama dalam keadaan bersepah dan tidak terurus.

“Selalu nampak dekat TikTok orang dapat ‘roomate’ pengotor, kali ini jadi dalam hidup. Dapat yang pengotor dari awal semester sampai habis semester. Tiada perubahan,” rungutnya di kapsyen.

Menurutnya, rakan sebiliknya itu tiada tanda-tanda mengalami tekanan sehingga tidak boleh mengemas.

“Dia bukannya ‘stres’ belajar, balik pun hadap telefon juga. Ada saja masa dia nak mengemas, cuma diri sendiri yang malas, penat tegur tetap tak jalan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengkritik kelakuan rakan sebilik wanita itu.

“Ya Allah, takutnya dapat rakan sebilik macam ini, macam mana awak tahan akak,” komen Amirul.

“Aku ini pun tidaklah rajin hendak kemas bilik tetapi tak sampai tahap nak tinggal macam itu, sudahlah duduk sebilik dengan orang,” kata Iman.

“Kalau aku dapat sebilik dengan orang yang jenis macam ini, mengamuk dah. Kalau tahu perangai pemalas dari awal, memang aku minta awal-awal tukar bilik,” komen Nurin.

“Serabutnya lahai, jauhkanlah aku daripada manusia yang tak menjaga kebersihan macam ini,” tambah Ainur.

Sumber : Kosmo