Home Viral Pelajar UMT Selamatkan Ikan Lumba-Lumba Terdampar

Pelajar UMT Selamatkan Ikan Lumba-Lumba Terdampar

Ikan lumba-lumba atau nama bahasa Inggerisnya, Dolphin dianggap hidupan laut yang semakin terancam dengan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab menjaga alam sekitar. Namun baru-baru ini tular di sosial media dengan rakaman dua orang pelajar UMT selamatkan dolphin.

Video tersebut dikongsikan oleh pelajar UMT (Universiti Malaysia Terengganu) itu sendiri, Mohd Nur Aiman bin Suhaimi melalui akaun Instagram miliknya.

Berkongsikan mengenai kejadian tersebut, Mohd Nur Aiman dan beberapa rakannya yang lain membantu menyelamatkan dolphin itu selepas kemunculannya disedari oleh penduduk kampung.

Kejadian yang berlaku pada 12 Disember, semalam kira-kira jam 1.30 petang itu menyaksikan Mohd Nur Aiman dan rakannya mendukung hidupan laut itu untuk dilepaskan ke dalam laut.

Ceritanya lagi, penduduk kampung yang sedang membuat persiapan untuk buka kedai menghubungi rakannya yang kebetulan sedang bercuti untuk selamatkan dolphin tersebut.

Setelah itu, dia dan rakannya ke lokasi kejadian dan mendapati keadaan dolphin tersebut agak lemah, namun masih mencuba untuk kembali ke laut lepas. Dia dan rakannya, Akalili Zanudin (perempuan baju biru) kemudiannya membasahkan dolphin tersebut sehingga ia meronta-ronta untuk berenang. Mereka akhirnya berjaya melepaskan haiwan tersebut ke lautan yang lebih dalam.

Berikut adalah rakaman detik mereka menyelamatkan dolphin yang tular itu :

ambahnya lagi dia sendiri tidak pasti bagaimana dolphin itu berada di situ. Berkemungkinan disebabkan arus yang kuat atau kecederaan yang dialaminya haiwan tersebut membuatkan ia ditemui penduduk kampung.

Pelajar UMT selamatkan dolphin yang berada di tahun akhir jurusan sarjana muda sains (biologi marin) ini juga memberitahu nama rakannya yang lain turut membantu dalam misi ini iaitu Akalili Zanudin, Wan Amirul Syafiq Wan Nazari, Syakirah Sukery, Farah Syahirah Ishak, Syafiqah Nabilah Mutalib dan Nur Aini Othman.

Nasihatnya kepada orang awam jika terjumpa haiwan terdampar yang masih bernyawa adalah lebih baik selamatkannya dengan cepat, buat apa yang perlu untuk menyelamatkannya. Namun jika hidupan itu sudah tidak bernyawa atau cedera parah sila laporkan kepada pihak berkuasa.

Sumber: Mohd Nur Aiman

Exit mobile version