Nenek 69 Tahun Minat ‘Streetwear’, Beratur Berhari-Hari Untuk Dapatkan Koleksi ‘Streetwear’ Lokal Yang Baru

Fesyen gaya jalanan atau street style yang meliputi pakaian seperti jaket varsity, kemeja T oversized dan seluar berpotongan longgar cukup sinonim sebagai gaya pilihan anak muda.

Begitupun, pesona gaya jalanan yang dipertaruhkan oleh sebuah jenama tempatan ternyata berjaya memikat hati seorang nenek dari Kajang, Selangor apabila dia bersama beberapa orang cucu sanggup beratur panjang bagi mendapatkan koleksi baju gaya jalanan yang dipertaruhkan jenama tersebut.

Hasniah Othman, 69, yang merupakan seorang pengasuh mula meminati gaya jalanan selepas diperkenalkan dengan stail tersebut oleh cucu-cucunya.

Malah, dia juga sanggup beratur lima hari awal di butik Supersunday yang terletak di stesen monorel Bukit Bintang, Kuala Lumpur bagi menjadi antara individu terawal yang memiliki koleksi pakaian jalanan kolaborasi antara dua jenama tempatan iaitu SVG Worldwide dan Supersunday.

“Saya mula diperkenalkan dengan jenama tempatan yang mempertaruhkan gaya jalanan daripada cucu-cucu saya.

Kongsi Hasniah lagi, biarpun sudah berusia hampir 70 tahun, ia tidak langsung menjadi penghalang buatnya untuk meminati pakaian anak muda.

Malah, dia juga teruja apabila dapat beratur bersama-sama generasi muda itu atas faktor berkongsi minat yang sama iaitu label pakaian jalanan tempatan.

“Saya menganggap ini sebagai satu pengalaman yang menarik.

“Semasa beratur panjang bersama generasi muda ini, saya mengambil peluang itu untuk berinteraksi bersama mereka dan bertukar-tukar cerita.

Sumber : Kosmo