MACAM-MACAM ragam manusia di muka bumi ini. Sepatutnya pada hari perkahwinan pasangan pengantin akan gembira memandangkan ia merupakan hari paling bahagia buat mereka. Tetapi bagaimana pula jika bekas kekasih muncul pada hari bahagia tersebut?
Seperti video viral di aplikasi TikTok baru-baru ini, pengantin lelaki ini mungkin sudah hilang akal apabila membenarkan isterinya berpelukan dengan bekas kekasihnya di atas pelamin, lapor portal Gulapop.
Kejadian pelik tersebut berlaku di Indonesia apabila video tersebut memaparkan pengantin perempuan minta izin dari suaminya untuk memeluk bekas kekasihnya buat kali terakhir.
Kelihatan wajah pengantin lelaki itu agak berat untuk membenarkan namun terpaksa merelakan juga.
Video tersebut hangat diperkatakan di media Indonesia dan Malaysia. Di ruangan komen video tersebut, rata-rata mengecam tindakan wanita tersebut yang tanpa segan silu memeluk lelaki lain di majlis pernikahannya.
Kata netizen lagi, pengantin lelaki itu berhak mendapat wanita jauh lebih baik daripada isterinya itu. Netizen berkata, mungkin suaminya bersetuju namun sudah pasti kecewa melihat isterinya berpelukan dengan lelaki lain.
Anda pula bagaimana? Izinkan pasangan anda memeluk bekas kekasih di hari persandingan anda?
Sumber: Gulapop