“Mamp*s kaulah sana, semoga kena panah petir” – Wanita dedah pengkid tunai umrah pakai ihram

TIDAK cukup dengan kejadian menggemparkan beberapa tahun dahulu apabila usahawan kosmetik, Muhammad Sajat Kamaruzzaman yang berpakaian seperti seorang muslimah semasa menjalani ibadah umrah, hari ini rakyat Malaysia dikejutkan sekali lagi apabila tersebarnya kisah seorang wanita berpenampilan lelaki menunaikan umrah memakai ihram.

Perkara itu didedahkan seorang pengguna laman Twitter, Aliya Mansor.

Menerusi beberapa siri ciapannya, wanita itu mendedahkan pernah terpedaya dengan individu tersebut yang mengakui jantinanya ialah lelaki.

“Berita tergempar, pengkid pergi umrah pakai ihram.

“Mam*us kaulah sana semoga kena panah petir tak pun lumpuh sebelum balik. Main-main dengan hukum Allah,” tulisnya di Twitter.

Jelasnya lagi, dia sudah tidak mampu menahan segala kemungkaran yang dilakukan bekas kekasihnya itu.

Lebih mengejutkan, pengkid tersebut juga pernah mengajaknya untuk mendirikan rumah tangga sewaktu mereka menyulam kasih.

Dia turut berkongsi tangkap layar perbualan antara mereka satu ketika dahulu.

“Aku penat tengok kau menipu sampai langgar hukum Allah. Kau nak cakap aku fitnah? Aku ada ’screenshot’ perbualan kau ajak aku kahwin, e-mail kau dan video kau dgn perempuan-perempuan lain.

“Berani eh? Sesak nafas rasa. Aku harap kau bertaubat la Nur Syazwani. Berapa ramai lelaki batal wuduk,” tulisnya.

Dalam masa sama, Aliya turut menyertakan bukti menerima beberapa mesej daripada individu yang pernah menjadi mangsa pengkid itu.

Pengkid tersebut juga dikatakan pernah mendakwa dirinya bekerja sebagai seorang doktor di sebuah hospital kerajaan.

“Benda pertama dia kantoi menipu aku ialah tentang kerja.

“Dia cakap dia doktor dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dipinjamkan ke Saudi kerana musim haji,” tulis Aliya lagi.

Rata-rata pengguna media sosial turut meluahkan rasa terkejut atas keberanian individu tersebut melakukan aktiviti penipuan serta mencabar hukum Allah.