BARU-baru ini, tular sebuah video seorang lelaki warga emas berang kerana ditegur oleh dua orang remaja gara-gara menghisap rokok di kedai mamak.
Menerusi perkongsian di Twitter, kelihatan individu lelaki yang dikategorikan sebagai warga emas sedang memarahi remaja berkenaan dek kerana tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikan, lapor Xtra.
“Kau duduk sini, kau boleh tegur aku pulak. Awak ni pegawai apa? Mamak kedai ni tak berani tegur saya lah. Biadap apa? Eh, awak ni melebih tau,” katanya.
Berdasarkan penjelasan video berkenaan, mereka duduk di belakang pak cik yang selamba sahaja merokok walaupun di kedai mamak itu sudah terpampang notis mengatakan ‘Dilarang Merokok’.
“Jadi, tadi kami duduk sini. Lepastu ada satu pak cik duduk sini hisap rokok padahal kat sini ada notis ‘no smoking’,” jelas pemilik video berkenaan.
Video tular tersebut sekaligus menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang rata-ratanya berasa kurang senang terhadap tindakan warga emas tersebut.
“Pakcik ni dah malu kene sound dengan budak. Bapak siapa yang rude ni ? Sila kutip bawak balik. Suruh dia smoking dalam rumah sambil tutup pintu.
“Bagus saudara, bukan mudah nak menegur orang merokok di restoran. Saya pun belum mampu untuk melakukannya.
“Buat adik yang menegur pakcik tua takde otak tu, moga kamu dirahmati Tuhan selalu. Senang dapat parking, tak perlu queue panjang, murah rezeki, sihat hendaknya ya,” ujar netizen.
Sumber : Xtra