CUBAAN untuk melepasi bayaran tol bukanlah satu perkara yang pelik di negara ini apabila ia melibatkan laluan di lorong ‘SmartTag’.
Dan terbaru, tular pula mengenai sebuah kenderaan mewah, Lamborghini kuning yang dikatakan telah melepasi laluan berkenaan tanpa merempuh palang tol.
Faktor kenderaan tersebut yang rendah berkemungkinan menyebabkan ia berjaya melepasi tol dengan mudah.
Meskipun individu itu memandu kenderaan mewah namun sudah pasti tidak terkecuali daripada kecaman netizen.
Ada pihak yang berpendapat baki kad tunai individu tersebut tidak mencukupi dan paparan skrin masih kelihatan berwarna merah.
Manakala, ada juga segelintir pihak yang menyatakan berlaku penolakan baki pada kad tunai namun sensor palang tidak berjaya mengesan kenderaan tersebut ekoran terlalu rendah.
Perkara itu membuatkan kenderaan tersebut terus bertindak memandu melepasi palang tol.