TULAR satu sedutan video rancangan televisyen yang menjual pelbagai barangan yang menjadi bualan hangat warganet. Dalam perkongsian oleh seorang pengguna di Twitter @hanzgadget, kelihatan dua orang pengacara sedang mengendalikan demonstrasi untuk menjual bantal.
Semasa demonstrasi, mereka menggunakan dua bantal dari jenama yang berbeza. Diletakkan satu piring kaca di bawah salah satu bantal itu dan kemudiannya pengacara tersebut cuba menghempaskan pemberat. Mungkin mahu menunjukkan kemampatan dan kegebuan bantal tersebut.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian apabila demonstrasi di bantal kedua yang membuatkan piring kaca itu pecah.
Menjengah di ruangan komen ada juga yang berpendapat mengapa perlu buat demonstrasi sebegitu rupa hanya untuk bantal kepala. Ini kerana kepala manusia tidaklah berat seperti pemberat tersebut. Perkongsian demo gagal semasa live ini telah meraih lebih 209 ribu tontonan.