“Kenapa perlu buang?” – lelaki ini terkejut jumpa bakul makanan ‘dihumban’ ke tong sampah!

SEORANG pengguna lama Facebook meluahkan rasa kecewa apabila menjumpai longgokan makanan kering dipercayai hasil sumbangan bakul makanan di kawasan pembuangan sampah.

Menerusi perkongsian di Iz Yunus, dia meluahkan pertanyaan mengapa barangan makanan tersebut perlu dibuang sedangkan ia mungkin boleh diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Iz yunus menunjukkan barangan makanan kering yang dibuang.

“Kenapa perlu buang? Tak minat jenama, tak minat pemberian orang?

“Jangn buang, bawa ke rumah jiran atau letak dalam kereta jumpa pakcik beca atau orang susah boleh beri. Bukan begini caranya,” tulisnya.

Antara barangan makanan yang dijumpai.

Dia turut mempersoalkan tindakan individu yang membuang barangan makanan tersebut yang dianggap sebagai berlagak.

Malah Iz Yunus turut menyelar tindakan pembaziran tersebut yang seakan hanya inginkan makanan orang berada.

“Adakah kamu berlagak?

“Memilih hanya nak makan makanan orang ada-ada, tambahnya.

Antara barangan makanan yang dibuang ialah beberapa kampit beras, gula, tepung, dan juga biskut.

Perkongsian tersebut turut mendapat kecaman masyarakat yang kurang senang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu.

Setakat ini perkongsian Iz Yunus telah mendapat hampir 5 ribu kali perkongsian serta 60 komen.

Biskut yang dibuang.
Exit mobile version