Jawapan ‘Jujur’ Pelajar Sekolah Ini Dalam Temubual Buat Ramai Gelak Besar

Setelah hampir 3 bulan sekolah ditutup dan pelajar diarahkan untuk belajar secara online bagi membendung penyebaran wabak Covid-19, hari ini (Rabu) sesi persekolahan telah dimulakan semula bagi pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awam tahun ini.

Selain ada yang seronok untuk pulang ke sekolah, ada juga yang telah terlalu selesa duduk di rumah sehingga tidak bersedia untuk memulakan persekolahan.

Salah seorang pelajar yang ditemubual pada hari pertama persekolahan telah menarik perhatian ramai dengan jawapannya yang terlalu jujur.

Dalam temubual oleh akhbar online Malaysia Gazette, pelajar lelaki bernama Muhd Fikri itu mengatakan bahawa dia telah membuat persiapan sekolah seminggu sebelum persekolahan bermula.

Ditanya tentang apa persiapan yang dibuat, pelajar tersebut menjawab persiapan mencari baju sekolah kerana sekolah lama ditutup sehingga sudah tidak jumpa baju sekolah.

Apabila ditanya pula apakah yang dilakukannya sepanjang 3 bulan, pelajar tersebut dengan selamba menjawab dia banyak menonton drama Korea dan tidur, membuat ramai geli hati.

 

Pelajar itu juga berkata sukar untuk belajar secara online di rumah berbanding sekolah kerana sambungan internet yang tidak lancar.

Temubual yang diberikan pelajar itu membuat ramai gelak besar kerana jawapannya yang terlalu jujur dan spontan.

Malah ada juga yang mempersoalkan bagaimana dia boleh menonton drama Korea jika sambungan internetnya tersekat-sekat.