KELIBAT wanita misteri disangka hantu yang muncul dalam video operasi mencari dan menyelamat mangsa kemalangan maut yang tular di media sosial sebenarnya ialah manusia, lapor laman berita Suara Bali.
Penampakan wanita yang berambut panjang dengan wajahnya yang tidak kelihatan itu sebenarnya ialah seorang warganegara Mexico yang turut membantu mencari mangsa kemalangan dalam kejadian yang berlaku di Sungai Petamu Ubud, Bali.
“Wanita itu bukanlah makhluk halus, sebaliknya seorang manusia sebenar,” jelas Ketua Operasi dan Makluman Basarnas Bali, Anak Agung Alit Supartana mengesahkan perkara itu.
Video tersebut yang di muat naik @denpasar.viral sebelum itu tular di media sosial apabila rata-rata netizen menyangka dia ialah hantu tanpa wajah yang muncul di lokasi kemalangan maut.
Dalam pada itu, seorang mangsa kemalangan maut, Ni Komang Ayu Ardani, 37, masih gagal ditemui apabila motosikalnya terjatuh ke dalam sungai beberapa hari lepas.
Sumber: Kosmo!