AKIBAT imaginasi yang melampau, seorang lelaki di Sarawak berdepan situasi mencemaskan apabila kemaluannya tersangkut dengan soket PVC.
Persetubuhan luar biasa yang cuba dialami lelaki itu bagaimanapun bertukar menjadi peristiwa memakan diri akibat terpengaruh dengan perkara yang tidak masuk akal.
Mangsa yang berusia 43 tahun itu dikatakan memasukkan soket PVC pada kemaluannya sebelum ia berakhir dengan kesukaran untuk menanggalkan ia semula.
Akibat panik dengan situasi tersebut, mangsa dibawa ke Hospital Lawas untuk rawatan termasuk memanggil khidmat khas anggota bomba.
Kejadian itu sudah semestinya memberi tamparan hebat kepada lelaki tersebut yang pasti serik untuk mengulangi perbuatan sama dengan pelbagai lagi imaginasi lampau yang lain.