INI bukan babak dalam filem mahupun drama bersiri popular, sebaliknya kisah seorang buaya darat sebenar dari Nigeria.
Seorang lelaki bersifat playboy yang dikenali sebagai Pretty Mike menjadi perhatian di majlis perkahwinan pelakon Williams Uchemba baru-baru ini, lapor The Reporter.
Ini kerana Pretty Mike atau nama sebenarnya Mike Eze Nwalie Nwogu (mujur bukan Uvuvwevwevwe Onyetenyevwe Ugwemubwem Ossas), membawa enam wanita yang sedang hamil dan mendakwa bahawa dialah yang menghamilkan enam teman wanitanya itu.
Mike yang memakai pakaian berwarna merah jambu memperkenalkan seorang demi seorang teman wanitanya dan mencium perut beberapa teman wanitanya itu yang memakai pakaian sedondon.
Perkongsian Mike itu mengundang banyak komen netizen. Ada yang berimpian untuk menjadi seperti Mike, tetapi ada juga yang mengkritiknya, selain dianggap ‘sengaja’ mencuri perhatian orang ramai sehingga membuatkan hadirin terlupa Williams Uchemba yang sepatutnya mendapat perhatian sebagai raja sehari pada hari itu.
Difahamkan, pemilik kelab malam di Lagos itu sememangnya sudah dikenali sebagai seorang playboy di Nigeria. Dia dilaporkan pernah berkata bahawa wanita cantik belum tentu hanya mampu dimiliki oleh seorang lelaki.
Dalam posting terbarunya di Instagram, Mike juga menunjukkan saat dia tidur bersama beberapa teman wanitanya yang dipercayai tidak memakai pakaian. Malah, mereka juga memandikan Mike selepas bangun dari tidur.
Ini barulah betul-betul Lacoste sejati!
Sumber: The Reporter