SATU video menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kejadian tiga wanita disyaki mencuri beras di sebuah kedai dengan cara memasukannya ke dalam pakaian.
Video yang menjadi bualan ramai itu dirakam menerusi menerusi CCTV sebuah kedai, lapor Kosmo.
Menerusi video yang dikongsikan, tiga wanita bertudung dan berjubah dilihat keluar dari sebuah kereta hitam yang berhenti di hadapan kedai berkenaan.
Pemilik kedai itu kemudian dilihat melayan pelanggan yang datang dan berbual dengan salah seorang daripada mereka.
Bagaimanapun salah seorang wanita yang berjubah hitam kemudiannya mengambil sekampit beras seberat seberat 10 kilogram (kg) dan memasukkannya ke dalam jubah.
Mereka kemudian keluar dari kedai tanpa membeli apa-apa barang.
Sumber: Kosmo