SATU rakaman video menunjukkan seorang bayi berusia sebulan mengeluarkan air susu badan apabila menjadi tular di media sosial sejak semalam.
Video tersebut dimuat naik di akaun TikTok @Nurulfauziah yang memaparkan seorang individu beberapa kali memicit puting bayi berkenaan hingga mengeluarkan titisan air susu, lapor Kosmo.
“Keajaiban Allah, anak baru berusia sebulan sudah ada air susu badan,” tulis pemilik akaun.
Berdasarkan penjelasan saintifik, keadaan tersebut dikenali sebagai galaktorea neonatal dan biasa berlaku ke atas bayi yang dilahirkan pra matang.
Namun begitu, ia bukan satu masalah kesihatan yang membimbangkan dan akan hilang dengan sendiri apabila bayi semakin membesar.
Walau bagaimanapun, ibu bapa dan penjaga diingatkan agar tidak merangsang puting bayi dengan sengaja bagi mengeluarkan air susu badan bayi bagi mengelak jangkitan kuman.
Ibu bapa dinasihati merujuk anak mereka kepada doktor perubatan jika situasi ini berterusan selepas usia dua bulan.
Video tersebut mendapat lebih 6 juta kali tontonan, hampir 14,000 komen dan 200,000 tanda suka setakat ini.
Sumber: Kosmo