TULAR sebuah video di media sosial Tiktok yang dikongsi oleh seorang gadis bernama Egi Febiola memperlihatkan dirinya sedang menangis bertemu dengan seseorang wanita yang dikatakan mirip seperti ibunya.
Menurut Egi, dia tidak pernah berjumpa dengan ibunya dan dia merupakan anak dari keluarga yang mempunyai masalah peribadi.
Dalam video singkat itu, menunjukkan Egi sedang berada di pusat membeli belah.
Kemudian, apabila ternampak sosok wanita bertudung merah yang menurutnya persis seperti ibunya. Dia terus mendekatinya, namun tersalah anggap dan menjelaskan bahawa wanita itu kelihatan sama kerana penutup muka yang dipakai.
Dek kerana sudah terlanjur menegur, Egi tidak dapat menahan sebak lalu menangis dihadapan wanita yang mirip ibunya dan meminta izin untuk memeluk wanita tersebut
Jelasnya dalam perkongsian, “Seketika mirip ibuku, langsung kupeluk dong pertama kalinya ngerasain pelukan ibu”.
Memang sedih betul, semoga gadis ini suatu hari berjumpa dan bersama semula dengan ibunya supaya dapat melepaskan rindu yang saban hari semakin sakit ditahan.