KISAH seorang gadis dari Indonesia yang membuat pengakuan terpaksa menjadi isteri kedua demi melunaskan hutang menjadi menjadi perhatian netizen.
Menerusi perkongsiannya TikTok, gadis bernama Najwa, 21, mendedahkan kisah hidupnya yang berpoligami atas permintaan ibu bapa bagi melangsaikan hutan mereka dengan suaminya pada Julai tahun lalu, lapor Kosmo.
Namun selepas enam bulan berumah tangga, Najwa mendakwa dirinya diceraikan oleh suami dalam keadaan hamil anak pertama.
“Pada Julai tahun lalu, saya dinikahkan dengan suami sebagai isteri kedua kerana mahu membayar hutang orang tua.
“Bulan Oktober tahun sama, saya hamil. Pada Januari tahun ini, suami telah menceraikan saya secara lisan,” katanya.
Tambah Najwa, dia berasa sedih kerana terpaksa memegang gelaran janda dan ibu tunggal di usia yang terlalu muda.
Dia sempat menasihati kaum wanita di luar sana agak tidak terjebak dengan poligami kerana ia hanya merugikan mereka di masa hadapan.
“Saya tidak minta bergelar janda dan ibu tunggal di usia awal 20-an tetapi ini bukan kehendak saya.
“Buat wanita di luar sana, jangan percaya janji lelaki tentang poligami kerana mereka boleh meninggalkan kita bila-bila masa sahaja,” jelasnya lagi.
Video tersebut telah menerima kia-kira 1.1 juta kali tontonan dan mendapat lebih 30 ribu tanda suka setakat ini.
Ia juga menerima hampir lapan ribu komen daripada netizen yang bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis tersebut.
Sumber: Kosmo