SEBELUM ini, ada dua buah lagu mengenai Covid 19 telah dilancarkan. Pertama adalah lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjadi hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimulakan awal tahun lalu.
Seterusnya, awal Januari lalu omposer serta gitaris ternama Hujan, AG Coco menghasilkan sebuah lagu khas, ‘PKP 2.0’ yang dimuat naik di saluran YouTube ML Studios.
Kedua lagu tersebut mendapat sambutan kerana ia bukan sahaja menarik, malah setiap bait liriknya juga dikatakan sangat lucu.
Terbaru, sekali lagi dengan komposer yang sama, AG Coco menarik perhatian dengan lagu ‘Cucuk‘ bagi mengalakkan orang ramai untuk segera mendaftarkan diri bagi mendapatkan suntikan vaksin yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Dalam pada itu, lagu ini juga sangat mudah dinyanyikan kerana menggunakan lagu Syukur yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan sebagai lagu tema. Jadi, secara tidak langsung penonton akan mudah menyanyi bersama.
Rata-rata peminat ML Studio sangat menyukai lagu ini dan berharap melalui lagu ini akan lebih ramai orang mengetahui tentang kebaikan vaksin dengan lebih jelas berbanding mempercayai beberapa informasi yang tidak pasti.
Terdahulu, pada awal ‘PKP 2.0’ dilancarkan, ramai yang berpendapat lagu ini sangat random dan unik kerana ML Studios sebelum ini hanya mengeluarkan video berkenaan pendapat speaker berkenaan sesuatu isu atau cerita.
Namun, kehadiran AG Coco memberi satu kelainan apabila memilih genre nasyid dan menyanyikan sendiri lagu ‘Cucuk‘ dan ‘PKP 2.0’.
Memang terbaik AG Coco!