SEPASUKAN doktor di China tergamam selepas menemui sebatang jarum akupuntur pada kemaluan seorang budak lelaki melalui imbasan X-ray.
Memetik laporan DailyMail, jarum itu ditemui selepas mereka memeriksa pesakit berusia 11 tahun yang mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.
Pesakit terdahulu dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Jiangxi di wilayah Jiangxi untuk menjalani imbasan X-ray kerana sukar untuk menjelaskan kesakitan yang dialaminya.
Selepas imbasan dilakukan, doktor terkejut apabila menemui sebatang jarum sepanjang 8 sentimeter yang dimasukkan ke dalam kemaluannya dan menghalang saluran pundi kencing.
Selepas menyoal budak lelaki itu, dia mengaku memasukkan jarum tersebut ke dalam saluran zakarnya kerana bosan dan ingin tahu sama ada perkara itu boleh dilakukan atau tidak.
Ketua perubatan, Rao Pinde berkata, budak lelaki itu memasukkan jarum tersebut 12 jam sebelum dia gagal membuang air kecil.
Pesakit itu kemudian menjalani pembedahan untuk mengeluarkan jarum tersebut.
Bagaimanapun dia dibenarkan pulang selepas prosedur itu tamat.