GARA-gara bunyi bising ketika memasak, rakan serumah bertindak menampar seorang wanita berusia 30an.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada 6 Mac lalu ketika mangsa sedang memasak jam 5 pagi.
“Video kejadian itu telah tular di media sosial yang di muatnaik seorang pengguna media sosial menceritakan keadaan sebenar.
“Kejadian berpunca akibat bunyi bising di dapur yang mengganggu suspek ketika sedang tidur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Fakhrudin, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Setakat ini, suspek telah dipanggil untuk dirakam keterangan sementara kes masih giat dijalankan.